Friday, December 26, 2008

KASIHI WANITA...

Aku tidak punya sebab besar untuk membenci atau anti lelaki. Cuma aku akui aku agak kasar atau tegas dengan kaum lelaki kerana aku dinasihatkan oleh seorang mentor (wanita) agar jangan memberi ruang kepada lelaki tidak bermoral mengambil kesempatan terhadap diriku (wanita).

Aku juga tidak terlibat dalam mana-mana gerakan femina. Antara perkara yang paling aku lemah di kampus ialah aktiviti persatuan. "Penyakit" ini saya warisi sejak sekolah menengah lagi. Payah-payah cikgu-cikgu persatuan kempen dan "paksa" masuk mana-mana persatuan. Last-last saya joint Puteri Islam sajalah. Persatuan paling tidak berprestej di sekolahku. He3x.

Tak sangka betul blog aku ni dikunjungi kaum lelaki yang kelihatannya orang baik-baik terutamanya sanguru (cikgu Androd). Untuk makluman pembaca, cikgu Androd ni bekas guru Sains kami dulu. Saya bangga bila sanguru sudi masuk ke laman ni. Cikgu jangan tanya tau siapa saya. Malu bahhh sebenarnya. Terima kasih cikgu sebab benarkan saya follow blog cikgu. Saya diperkenalkan blog ni oleh kawan saya yang juga anak murid cikgu.

Opsss...cerita pasal cikgu sayalah pula. Ok, balik pada tajuk di atas, saya minta sangat-sangat kepada kaum lelaki agar mengsihi kaum wanita sebagaimana anda mengasihi diri sendiri. Kaum lelaki sebenarnya pemimpin di dunia ini termasuk kaum wanita. Ini hakikat dalam agama Islam. Dan perlu diingat bahawa kaum wanita juga mempunyai hak-hak dan taggungjawab bersama lelaki.

Saya boleh terima penganiayaan terhadap kaum wanita pada zaman kegelapan dahulu kala, tapi di zaman moden dan ICT ni, SAYA TIDAK BOLEH BERKOMPROMI TERHADAP PENGABAIAN HAK-HAK WANITA DAN PENGANIAYAAN TERHADAP GENDER SEJENIS SAYA!!!!!

Kaum Lelaki sekalian,
Perlukah aku mengulangi kenyataan di atas sebanyak 100000 x ?
Kalau anda lelaki mithali, cukuplah 1x...
OK @ KO?
SILA JAWABBB....

12 comments:

  1. melihat isi kandungan blog ini maka sya membuat kesimpulan; 1. anda tegas dlm tulisan 2. anda sangat keciwa 3. mempunyai cita2 yg tinggi. Berhati-hatilah jangan sampai putus asa dan keciwa, semua kejadian itu sekalipun penderitaan itu datang drai Allah ' Tiada daya upaya melaingkan dengan kekuatan Allah ' Jangan biarkan penderitaan yg anda alami menjadi bahan pembicaan, kerana hal itu akan menjadi penghalang bagi anda meraih kebahagian.

    ReplyDelete
  2. hehehe... berkali-kali pun ida salah ulang. saaaaampai berubah. kan kan kan? bahaya sanguru eh... ada fight awang muslihat hehehe.

    ReplyDelete
  3. Mangkali bekenal ba kali aku sama si Tun Teja tiruan ni?? Hehe.. Apa yang abg Nazri cakap tu ada betulnya.. Bagus diambil sebagai nasihat.. Segan plak aku mengaku lelaki mithali... Aku mintak 3 kali la ko ulang.. Hehehe.. Jgn mrh.. Si Yu$ memang pandai bah... Main kau burung... Hehe

    ReplyDelete
  4. adehhh...kembang ada segan pun ada. Saya yang malu bah ini dgn bekas murid-murid. Anyway, korang dah besar panjang...guru dan murid boleh bersahabat, cuma adat berguru dahulu kala, sang murid mesti tau adjust had-had keakraban. Maaf, saya ni pigang amalan dulu2 lagi...kolot siiiiikit.

    ReplyDelete
  5. yang terbaik ialah saling kasih mengasihi...

    ReplyDelete
  6. 1. Abg. Naz, betul. Cita2 tinggi jaga hak wanita dan didik betina jadi wanita.
    2. Abg. Yusss...abg. pengikut mahzab awang muslihat kee?....
    3. Lt.m Mus...aku dinasihatkan mentor, hati-hati dengan budak askar. Suka menembakkk...
    4. Sanguru...insyaAllah...
    5. Little mike...setujuuuu...emm, solo atau bengawan solo?...

    ReplyDelete
  7. Kumpul dengan kawan2 sambil saya petik gitar, ramai2 nyanyi lagu bengawan solo. Suka rentak keroncong. Ahhh!! siuk ba petang2, minum kopi, sya minum milo la.. kalau ada anak dara lalu, kasi senyum ja sama diurang pastu sambung nyanyi dengan asyik dan senang hati... :)

    Solo? hmm (bukan harian minda merdeka ya)... kalau solo, itu berita buruk atau berita baik? hehe

    ReplyDelete
  8. inda juga aku ni protege si ag muslihat, tapi sa suka baca blog yg bikin lucu bah. Lagipun ada tips penting sana hehehe. Kan ag muslihat. aina lt. m, 2 kali suda ko kana sindir ni. Ini kali dia bilang bahaya pandai menimbak o. tul ka?

    ReplyDelete
  9. Aik.. Mcm lain pulak tu istilahnya "suka menembak".. Askar biasalah tegas.. Kalau tiada askar susah juga.. Macam mna mau kedaulatan Negara kita ni.. Ckp mentormu tu mmg ada betulnya.. tapi harus kau ingat, bukan semua askar tugasnya menimbak saja.. askar pun macam jabatan lain juga ada macam2 divisyen.. Klu snipper macam si jack snipper memang terror menimbak la... Hehehe..

    ReplyDelete
  10. Yus.. Bukan tembirang la.. Klu time latihan menimbak kami ada pertandingan jatuh piring, saya kira yang hebat lah jurulatih pun saya kasi kalah.. Hehehehe...

    Mawar.. Jangan ko risau, saya ni masih ada pertimbangan yang stabil lagi.. Nda juga saya menimbak sembarang-sembarang ni.. Hehe

    ReplyDelete
  11. ...lelaki kalau dah naik syokkk....hilang segala pertimbagannya. yang ada tinggal? tiada sudah tinggal....

    ReplyDelete
  12. sdrku yus, sebelum terlambat, baguslah keluar barisan pkcik awang tu. membawa nda ketentuan si pakcik tu...nda pasal2x ko tejangkit sangsara...

    ReplyDelete