Monday, December 29, 2008

TAHUN BARU , HARAPAN BARU???

Tak lama lagi 2008 akan berlabuh di pelabuhan kenangan. Bahtera 2009 akan memulakan pelajaran di samudera cabaran. Apakah nasib kaum Hawa di dalam bahtera itu kelak? Sekadar pelayan kelaksi atau apa kepada nahkoda?...

Harapan tinggal harapan. Aku sering terkesima melihat banyak hal di dalam kampus bahkan di ibu kota. sebagai salah seorang warganegara tercinta ini, aku juga ikut memikirkan tentang hal ehwal dalam negara.

Aku rindukan kampung halaman di SABAH...
sakit hati diberitahu sanak saudara:
- sawah tak menjadi kerana kurang air
- padi tak jdi kerana banyak serangan penyakit
- anak buah berhenti sekolah kerana tak mampu
- pemimpin sibuk di ibu kota...

AKU HARAP AKAN LAHIR KAUM ADAM DARI NEGERI DI BAWAH BAYU YANG BENAR-BENAR BOLEH DIBANGGAKAN OLEH KAUM HAWA.
JIKA TIDAK?
- si hawa ini pun sedia memikul cabaran
- kaum hawa boleh!

Sunday, December 28, 2008

HAWA: JANGAN BIAR DIEKSPLOITASI...

Dari dulu hingga kini, kaum Hawa memang senang-senang dieksploitsikan.
-Jadi gundik-gundik raja
-jadi dayang-dayang istana
-jadi pelayan/GRO
-jadi model
-jadi macam-macam
(MALU NAK SEBUT SEMUA!)

Pastinya bukan kemahuan kaum Hawa!
-siapa mau jadi gundik-gundik raja kan?
- jadi GRO pun kerana terpaksa...

KERANA TERPAKSA
KERANA TERSEKSA
KERANA TAKDIBELA

....AKHIRNYA KAUM HAWA - TERPAKSARELA....

Saturday, December 27, 2008

HAK KAUM HAWA

Dulu-dulu kaum Hawa ni insan kelas dua. Kalau bahasa kasar - hamba kaum.... Alhamdulilah, dengan kehadiran agama Islam...kaum Hawa diangkat martabatnya. Tapi sayang...itu firman Tuhan, sedangkan di mulut dan di hati kaum Adam? .....bla...bla....

Bukanlah niatku menghentam kaum Adam. Siapalah juga umat manusia ini kalau tiada kaum Adam itu, cuma....

KAUM ADAM MESTI JADI ADAM YANG SEBENAR-BENARNYA:
- kalau ambil anak dara orang, jangan ditingal-tinggalkan
- kalau jadi bapa, anak-anak jangan diabai-abaikan...
DAN...
-kalau jadi datuk...cucu perempuan jangan diapa-apakan!!!

HAK KAUM HAWA DAN ADAM TELAH TERMAKTUB DALAM KITABULLAH
Kaum Adam mestilah membantu membuka kitab itu
bukannya menyorokkannya!...

Friday, December 26, 2008

KASIHI WANITA...

Aku tidak punya sebab besar untuk membenci atau anti lelaki. Cuma aku akui aku agak kasar atau tegas dengan kaum lelaki kerana aku dinasihatkan oleh seorang mentor (wanita) agar jangan memberi ruang kepada lelaki tidak bermoral mengambil kesempatan terhadap diriku (wanita).

Aku juga tidak terlibat dalam mana-mana gerakan femina. Antara perkara yang paling aku lemah di kampus ialah aktiviti persatuan. "Penyakit" ini saya warisi sejak sekolah menengah lagi. Payah-payah cikgu-cikgu persatuan kempen dan "paksa" masuk mana-mana persatuan. Last-last saya joint Puteri Islam sajalah. Persatuan paling tidak berprestej di sekolahku. He3x.

Tak sangka betul blog aku ni dikunjungi kaum lelaki yang kelihatannya orang baik-baik terutamanya sanguru (cikgu Androd). Untuk makluman pembaca, cikgu Androd ni bekas guru Sains kami dulu. Saya bangga bila sanguru sudi masuk ke laman ni. Cikgu jangan tanya tau siapa saya. Malu bahhh sebenarnya. Terima kasih cikgu sebab benarkan saya follow blog cikgu. Saya diperkenalkan blog ni oleh kawan saya yang juga anak murid cikgu.

Opsss...cerita pasal cikgu sayalah pula. Ok, balik pada tajuk di atas, saya minta sangat-sangat kepada kaum lelaki agar mengsihi kaum wanita sebagaimana anda mengasihi diri sendiri. Kaum lelaki sebenarnya pemimpin di dunia ini termasuk kaum wanita. Ini hakikat dalam agama Islam. Dan perlu diingat bahawa kaum wanita juga mempunyai hak-hak dan taggungjawab bersama lelaki.

Saya boleh terima penganiayaan terhadap kaum wanita pada zaman kegelapan dahulu kala, tapi di zaman moden dan ICT ni, SAYA TIDAK BOLEH BERKOMPROMI TERHADAP PENGABAIAN HAK-HAK WANITA DAN PENGANIAYAAN TERHADAP GENDER SEJENIS SAYA!!!!!

Kaum Lelaki sekalian,
Perlukah aku mengulangi kenyataan di atas sebanyak 100000 x ?
Kalau anda lelaki mithali, cukuplah 1x...
OK @ KO?
SILA JAWABBB....

Thursday, December 25, 2008

KALAULAH AKU "TUN PERAK"....

Di kalangan coursemate, aku terkenal garang! he...he...
(Mungkin ini sebabnya siswa tidak berani ngorat? Lantakllah. Aku ke sini bukan cari laki!!!!)

Takdir menentukan aku jadi perempuan. Kalau aku lelaki, akan kupakai nama pena 'TUN PERAK" . Tentu silatku lebih tangkas dan ligat.

Tadi ada senior lelaki (budak Melayu) cuba-cuba main mata. Aku terus sergah. Dia malu tapi cakap biadap pula. Katanya orang Sabah , orang Pairin. Punyalah aku marah. Mau rasanya humban dia pakai buku-buku tapi melampaulah bah pula kannn...
Buduh bah dia tu. Tak tahu informasi politik semasa. Era kegemilangan PBS sudah berakhir. Bapaku orang kuat PBS tapi sekarang bapa malas sudah ikut-ikut politik. Mama saya marah-marah. Ikut politik lupa sawah padi! YB jadi kaya raya, bapa tatap juga petani miskin. Bantuan petani pun tidak dapat. Buduh punya politik.

Dengar cerita di kampung, YB kami seorang wanita tua! he he he....tahniahlah. Harap-harap dia boleh kerja. Kalau tidak, lagi bagus jaga anak di rumah!!!

Opsss...ada kuliah sebentar lagi.
Byeeee...

Wednesday, December 24, 2008

AKU TENSEN BETULLLLLL....

Aku tensen betul! Tadi di kafeteria, ada coursemate dari Perak tanya pasal Sabah. Dia bakal posting Sabah agaknya tu. Dia tanya di Sabah naik rakit dan sampan kah?
Kalau ikutkan hati mau saja saya tumpahkan kuah laksa atas kepalanya.
Benci betul!
Orang semenanjung ingat Sabah ni lampau mundurkah? Atau mereka tak tahu fakta. Kalau di Sarawak memanglah banyak pakai sampan atau feri.
Tapi...bila fikir balik, aku tak salahkan dia sebab....MEDIA RASMI JARANG SIARKAN PASAL SABAH. KALAU ADA PUN BILA DAH DEKAT-DEKAT ELECTION....

BETULLAH KAN APA YANG AKU TULIS SEBELUM INI. "SABAH DI BAWAH KAKI ORANG..."

Maaf tak dapat tulis panjang. Aku banyak assignment mau siapkan. Pensyarah dah kali-kali tagih. POTONG MARKAH!

Monday, December 22, 2008

NEGERI DI BAWAH KAKI ORANG...

SABAH DI BAWAH BAYU...
Ada kekawan saya di kampus bergurau menyatakan "SABAH DI BAWAH KAKI ORANG"...
Panas hati juga mendengar tapi ada kebenarannya juga. Malu juga kadang-kadang bila dengar pensyarah cakap orang sabah masih ada tinggal atas pokokkah? benci betul saya sebab tidak ada mahasiswa dari Sabah yang berani berdiri memperbetulkan keadaan. Kalaulah ada mahasiswa yang berani masa tu, pasti saya sanggup jadi "girlfriend" beliau. Kan bagus ada teman lelaki yang gentleman! he...he...heeee...

Umur saya dah masuk 21 tahun dan sepatutnya boleh mengundi sudah. Sayangnya masih belum mendaftar sebagai pemilih. Kalaulah dapat mengundi dalam PRU ke-13 nanti berapa syok! Tpi buat masa ni, tak terfikir lagi nak undi parti apa. Di semenanjung ni Pakatan Rakyat bersemangat betul nak berkuasa. Tapi saya tak minat PR sebab mereka ni kurang "PR" laa saya tengok. Lampau keras. saya tak suka keras sangat. sakit! yang gentleman yang syokkk...agak-agaknya BN okay ke? Saya tak mahir sangat analisis politik sebab jurusan saya banyak kepada kemanusiaan. Tapi ramai pensyarah cerita pasal politik....syok juga dengar tapi bikin bosan gak.

Hai, bilalah saya ketemu mahasiswa Sabah yang berani ek? he...he...heeee...
SABAH BOLEH BAH!
TUN TEJA PUN BOLEHHHH...

Sunday, December 21, 2008

AKU JUA INGIN BERSUARA.....

Wow!
Seronok rupanya jadi blogger!
Dah lama saya dengar rakan-rakan cerita pasal blog dan blogger. Ni la pasal try buat blog sendiri nie. Best laa...

Tak ramai blogger kaum hawa. Kaum Hawa di Malaysia ni minat masak, minat membaca saja agakknya? Bukan bermakna kaum Hawa ni kurang "educated". Kalau bilang jumlah mahasiswi di menara gading, mengalahkan mahasiswa!

Kaum Hawa juga berhak bersuara sebagaimana kaum Adam. Bukankah Hawa yang bersuara agar Adam makan buah terlarang? he...he...heee...

Untuk makluman, saya pelajar salah sebuah universiti tempatan. Jurusan? Berkaitan sains kemanusiaan dan antropologi. Politik pun saya minat gak...apa salah kalau saya boleh jadi macam KAK FIDAH (RAFIDAH AZIZ)!...

AKU JUA INGIN BERSUARA TENTANG NEGERIKU...TENTANG DAERAHKU...TENTANG DESAKU...
JUA........TENTANG LELAKI TETANG JANTAN TENTANG LAKI-LAKI?
JUA...TENTANG RAGAM MANUSIA?
JUA........TENTANG KEHIDUPANKU?